Wednesday 13 February 2013

Kisah Hidup Sebatang Pen

kaAssalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh..

Salam Perkenalan Ikhlas,

Kisah Hidup Sebatang Pen ini saya dengar daripada satu ceramah keagamaan. Mengisahkan idea penciptaan pen daripada golongan bijak pandai manusia bertujuan digunakan untuk menulis. Sekiranya pen digunakan untuk membuat perkara-perkara selain daripada itu contohnya mengumpil tayar motor, mengetuk paku atau lain-lain maka akan rosak dan punahlah pen itu.

Jika kita mengambil sedikit masa untuk berfikir dalam 2 minit. Apakah tujuan kita dicipta di muka bumi ini?. Firman Allah Taala dalam Surah Al Zariyat ayat ke 56. ' Tidak Aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaku'.

Tidak syak dan ragu lagi tujuan kita dicipta adalah untuk beribadah kepada Allah Taala. Jika kita melakukan selain daripadanya maka akan 'rosak' la kita sama seperti pen tadi.

Renungan bersama  
A